SHUKRAN ATAS CADANGAN DAN KOMENTAR ANDA


HAYATILAH KEMERDEKAAN SEBENAR

Sunday 30 August 2009


Maksud Firman Allah SWT :

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Surah Ali Imran ayat185.
Menurut firman Allah SWT tersebut kemerdekaan yang sebenar ialah apabila kita semua di jamin oleh Allah SWT bahawa kita akan di bebaskan daripada Api Neraka dan dimasukkan kedalam Syurga itulah erti kemerdekaan sebenar. Kegembiraan kita di dunia bukanlah kegembiraan hakiki,yang hakiki dan sebenar ialah selepas kita meninggalkan dunia ini. Disaat kematian orang beriman Allah SWT akan akan menayangkan segala kebaikan kepadanya sehingga ia cinta untuk bertemu dengan Allah begitulah sebaliknya orang yang tidak beriman akan ditayangkan kepadanya kejahatan selepas kematiannya sehingga dia benci untuk bertemu Allah SWT.
Benarlah sabdaan Nabi kita Muhammad SAW bermaksud : Sesiapa yang suka bertemu Allah, Allah suka untuk bertemu dengannya.
Para sahabat Nabi SAW amat takut dan gerun apabila disebut tentang kematian berbanding Syurga dan Neraka . Ayat tentang kematian lebih ditakuti dan digeruni kerana kematian adalah awal dan permulaan Alam Akhirat.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Kematian adalah permulaan alam Akhirat sesiapa yang berjaya di alam Barzakh maka selepas itu ( Mahsyar ) lebih mudah baginya, tetapi sekiranya di Alam Kubur ia sudah disiksa ,maka apa yang selepas itu pastilah lebih susah dan sukar baginya.
Setelah semua manusia berada beberapa lama di Alam Barzakh barulah di bangkitkan ke Mahsyar, disana umat manusia akan di himpunkan dalan pelbagai keadaan .Ada yang peluh mereka sampai ke lutut,ada yang sampai lemas dalam peluh mereka sendiri .Ada yang diubah bentuk menjadi semut hitam dan pijak olah manusia lain. Waliyazubillah min zalik. Dalam suasana yang amat gelap gelita kepanasan yang amat membara sehinggakan dikatakan abarat matahari sejengkal dengan kita. Matahari dunia yang di keraknya mencecah ribuan juta darjah kepanasannya di bahagian keranya dan sampai kepada kita 30c pun sudah kita tidak mampu.Cubalah kita bayangkan inikan pula kepanasan Akirat . Amat tidak mampulah kita hadapi.Sehinggakan mereka yang berada diketika itu memohon kepada Allah agar dimaksukkan mereka kedalam Neraka dengan segera kerana tidak mampu menghadapi kepanasan padang Mahsyar.Itu baru permulaan Padang Mahsyar. Dikatakan manusia akan berada disitu untuk lebih daripada 50 ribu tahun sebelum dimulakan hisab oleh Allah SWT apabila melalui proses yang sudah kita maklumi iaitu Syafaatul Uzma oleh junjungan kita Muhammad SAW. Satu persatu amalan kita akan dihisap. Allah sahaja yang mengetahui kesusahan demi kesusahan yang akan dihadapi kepada mereka-mereka yang mementingkan kemerdekaan dunia dengan menggadaikan kemerdekaan sebenar . Oleh itu wahai sahabat para Mujahid dan Mujahidah sekelian teruskan perjuangan kita membebaskan manusia daripada menyembah manusia dan kebendaan kepada penyembahan Allah tuhan sekelian makhluk. Agar kita mencapai kemerdekaan yang sebenar .
Maksud Firman Allah SWT :
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Surah Ali Imran ayat185.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN
ALLAHU AKBAR.

0 comments:

Post a Comment